1. Senyum itu sedekah. Murahkan diri dengan senyuman
sentiasa dan rezeki pun akan murah.
2. Gembirakan kanak-kanak.
3. Mendirikan masjid bagi mereka yang masih bujang. Jangan
ditunda-tunda kerana Allah swt akan memberi rezeki rumah tangga pula!
4. Bagi yang sudah berkahwin, jaga hati sesama suami dan
isteri selalu. Sayang menyayangi sekeluarga, rezeki pun akan sayang pada kita!
5. Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah
menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir
miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
6. Bagi suami, isteri, sentiasa bersyukur dengan pasangan
hidup sedia ada. Tidak kira apa sahaja kekurangan masing-masing.
7. Layan semua orang dengan penuh hormat tidak kira miskin
atau kaya, tua atau muda. Tidak kira juga pangkat, darjat, atau di mana sahaja
kedudukan kita berada.
8. Gembirakan orang yang berada dalam duka atau sedih.