19 December 2017

CANTIKNYA BAU





Macam mana tu cantiknya bau? Lina pon konpiuz laa. Hahaha.

Tapi pada Lina sendiri, pepium #DEXANDRA inspired Daisy ni. Bau dia lembut sangat. Kalau orang yang tak suka bau pepium yang keras-keras. Boleh guna perfume Daisy ni.

Pada permulaan spray tu, bau pepium ni bau white floral. Tak terlalu kuat. Sedang sedang jer bau dia. Lepas dry down, bau dia fresh, nyaman dan tenang je. Bila bau memang kita akan jadi happy, lupa sekejap segala masalah.

Dekat kaunter perfume original, almost RM400 tau sebotol utk 100ml, kalau 50ml pun dh lebih RM200. Nak hilangkan tension, jadi bertambah tension pulak tengok harga dia 😂

Jangan risau, De'Xandra kan ada. Bila tau harga DeXandra. Confirm mood korang yang muram tadi kembali ceria! Yeahh!! 💃🏻

Macam mana nak dapatkan perfume DeXandra Daisy ni? Senang jer awak!

Boleh terus whatsapp Lina (no tel kat sidebar). Atau pm facebook Lina. Tanak whatsapp? Tanak pm facebook? Boleh.. Tinggalkan no fon untuk Lina whatsapp. Mudah kan?? 😁

18 December 2017

3 TIPS PILIH PERFUME YANG UOLLS WAJIB TAHU..



BACA SAMPAI HABIS..
.
.
#1. BAGAIMANA MEMILIH PERFUME YANG SESUAI?
.
Test! Cuba cium baunya. Tapi uolls tidak digalakkan untuk mencium lebih dari 3 bau perfume pada satu-satu masa. Setelah mencium 3 bau, minta dapatkan bau kopi supaya ia neutralize semula sense bau kita.
.
Selepas itu, uolls boleh cuba dengan test unit dan sembur pada bahagian nadi. Harus diingatkan bahawa perfume bertindak balas lebih kurang 15 minit dengan bau dan badan kita.
.
.
#2. KETAHUI BAHAN DAN AROMA PERFUME
.
Kita pasti akan memilih minyak wangi yang beraroma segar. Biasanya, ramuan wangian mempunyai banyak pilihan seperti ekstrak dari bunga-bungaan, buah-buahan, sayur-sayuran, leather, tobako, dsb. Setiap wangian juga mempunyai pengkelasan yang berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita.
.
Biasanya, aroma bagi haruman wanita adalah lebih lembut dan aroma lelaki adalah lebih kuat. Jadi, tidak menjadi masalah untuk lelaki memakai perfume aroma wanita TETAPI kaum perempuan tidak digalakkan untuk memakai perfume aroma lelaki.
.
.
#3. DI MANA ANDA BOLEH DAPAT MINYAK WANGI YANG BERKUALITI DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN?
Uolls sudah tahu perfume original memang mahal. Jadi, EDP merupakan pilihan rakyat di negara ini kerana harganya yang lebih murah. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan DEXANDRA. ❤️
.
.
Bermanfaat?
Klik 'SHARE' 😘

17 December 2017

Kenapa De'Xandra?



Rata-rata pengguna memilih DeXandra kerana....

🎀 MUDAH DIBAWA . Saiz yang tak kecik tak besar ngam2 muat masuk handbag/pouchbag uisshh senang nak bawak pi jalan .

🎀 80 BAU PILIHAN . Tak perlu pening2 nak pilih bau sebab ada banyak pilihan . Setiap bulan boleh tukar2 bau lain .

🎀 SETANDING WANGIAN ANTARABANGSA . Kualiti dan ketahanan yang sama dgn wangian dari luar negara . Dapat fefeeling pun ok dah kan huhu 

🎀 BOLEH BAWA SOLAT . Alkohol dari ekstrak tebu (tumbuhan) maka ianya sah dibawa solat .

🎀 TAHAN LAMA . Mostly pengguna puas hati sebab baunya tahan lebih dari 8 jam . Melekat di baju namun tak cair di mulut .

Pernah tengok biji benih pokok kemboja tak?

Biasa kalau pergi rumah pak ngah. Confirm cerita pasal pokok kemboja. Ish! Kalau masuk kawasan rumah dia. Mesti! Mesti! Mesti! Mesti mata ber lep lep 😍

Pokok bunga Kemboja yang pakngah tanam, lawa sangat bunganya! 😂

Cerita punya cerita, pak ngah tunjukkan pokok kemboja yang dia semai. Comel sangat anak pokoknya! So excited 🤩

Faham faham la mulut ni kalau dah start bercakap. Tak pandai cover langsung!

Maka. Terkeluarlah
“Mak ngah. Biji benihnya macam mana? Tak pernah nampak pun!”

“Oh kau tak pernah tengok? Sini mak ngah tunjuk”
Sepantas kilat mak ngah belek pokok pokok bunga kemboja dia kat laman rumah.

Alhamdulillah. Allah izinkan. Rezeki semalam. Ade dua tangkai “kacang buncis” kat pokok kembojanya.

Makngah kopek, haaa! Ni la yang ada dalam kacang tu. Benih pokok kemboja! (Dalam gambar)

Asalnya, benih dia yang ada bulu bulu tu. Yang macam bertih tu sebab pak ngah dah buang dia punya skirts 😂

Segan oi! Lina nak tengok jer benihnya macam mana. Makngah an pakngah siap bagi benih suruh semai. Banyak pula tu. Siap ajar menyemai lagi. Hehe. 


15 December 2017

De'Xandra botol baru best ke botol lama best?




Ada yang tanya, Perfume De’Xandra ni. Botol baru best ke botol lama yang best?

Sejujurnya, bagi Lina sendiri. Perfume De’Xandra botol baru lagi best dan ohsem ❤️

Nak tahu kenapa?
First skali, sebab botol dia memang lawa. Kalau pergi travel memana pun. Tak segan dah nak keluarkan perfume dari bag cabok. Look international!

Selain botol dia yang lawa. Perfume De’Xandra yang baru ni ada identiti dia yang tersendiri. (Lihat bawah botol perfume)

Bentuk botol pun tak sama macam botol perfume jenama jenama lain. Best! Best! Best!

Lagi satu kan, siapa pernah bau perfume yang botol lama. Bila try botol baru. Mesti akan cakap perfume botol baru lagi sedap! Semburannya pun lebih smooth. ❤️❤️

14 December 2017

"Macam mana nak buat link wasap?"

Assalamualaikum 😘

Okeh sebelum tu, mungkin ada yang tak pernah dengar. Apa link wasap tu? Kalau pernah dengar pun, macam mana nak buat link wasap. Betul tak? Wokeh. Ni Lina bagi contoh post Lina.

↑ contoh link wasap

Link ni sebenarnya sesuai untuk anda anda yang buat bisnes online kecil kecilan tu. Biasa kan baca ayat "Kalau nak order, boleh wasap no saya 011-29142010". 

Banyak nya kerja nak buat. Kena save no tel la. Fikir nak cakap macam mana lah dengan seller tu. Finin Finin. 

So, Kalau ada link ni mudah sangat sangat! Misal kata bakal prospek nak order barang, boleh terus klik link tersebut. Terus wasap dengan anda. TANPA save nombor telefon yer. Mudah kan? Kemudahan untuk dua dua belah pihak 😘

Okeh, pagi ni Lina nak share sikit. "MACAM MANA NAK BUAT LINK WASAP"

Sebenarnya dia ada 2 versi. 

Contoh Versi 1 : wasap.my/6[no.tel]
>> wasap.my/601129142010
* just tambah no.tel anda kat belakang url 

Contoh Versi 2 : http:/[keyword anda].wasap.my (perlu register)
*hantaranbylina tu keyword Lina

"Macam mana nak register wasap versi 2?"

Wokey. Cara nya mudah jer. Anda boleh terus klik wasap.my. Nanti anda akan jumpa interface macam ni. 

Kat interface ni, ada link kat bawah sekali. "KLIK SINI UNTUK DAFTAR". Haa anda klik situ. Dah klik tu, akan jumpa interface ni pulak.


Siapa  yang dah pernah daftar, just masukan email dan password je la. Kalau yang belum daftar tu, Klik "DAFTAR PERCUMA SEKARANG" Free jer. Tak payah bayar. Dah klik tu, anda akan masuk sini pulak


Untuk yang baru nak daftar tu, isi semua info dalam kotak tu. Ni contoh Lina buat. Dah siap isi semua. Klik "Submit

Yeah! Dah daftar. 

Seterusnya, nak buat url pula. Tadi dah submit kan? Nanti sistem tu akan bawa anda kat interface ni pula 


Siapa yang belum pernah buat url. Kat list url tu kosong. Macam Lina dah buat 3 url. So ada 3 laa. 😂

Kalau nak buat url, klik "Add Link"
Kalau nak edit url klik icon pensil tu. 

Masa buat url tu, sistem akan bagi tutorial. just follow jer. Okeh??

Semoga bermanfaat untuk semua 💖💖💖